Dua Penyerang Di Dhaka Pernah Ikut Pendakwah Radikal, Perekrut IS

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2016 3:06 PM

Dari kiri: Anjem Choudary, Zakir Naik dan Shami Witness

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Anjem Choudary, Shami Witness dan Dr Zakir Naik adalah pendakwah Islam kontroversi yang diikut oleh sekurang-kurangnya dua daripada lima anggota militan muda yang disyaki telah menyembelih 20 orang yang tidak bersalah di Holey Artisan Bakery, Dhaka, pada malam Jumaat.

Salah seorang suspek penyerang, Nibras Islam, 22, pernah mengikuti Anjem dan Shami, di Twitter pada tahun 2014 di mana kedua-duanya didakwa sebagai perekrut Negara Islam (IS).


Seorang lagi suspek Rohan Imtiaz, anak kepada pemimpin Liga Awami, tahun lepas telah menggesa umat Islam menjadi pengganas di Facebook, memetik pendakwah kontroversi Peace TV, Dr Zakir Naik.

Anjem, 49, warga British yang berasal dari Pakistan itu kini sedang dibicarakan di England kerana melanggar undang-undang anti-keganasan British.

Shami Witness ialah nama Twitter yang digunakan oleh Mehdi Biswas, 24 tahun dari Bangalore di India, yang juga dibicarakan kerana menjalankan propaganda untuk Negara Islam.

Shami ditahan pada Disember 2014 berdasarkan siasatan ke atas akaun Twitternya yang kali terakhir aktif pada Ogos 2014. Akaun Twitter Anjem tidak lagi aktif dari Ogos 2015 selepas tuduhan keganasan dibawa terhadapnya.

Seorang tokoh kontroversi juga berasal dari India, Dr Zakir Naik telah diharamkan di UK, Kanada dan Malaysia.

Beliau telah menjadi popular di kalangan segelintir orang di Bangladesh melalui Peace TV, walaupun dakwahnya sering menghina agama-agama lain, malah mazhab Islam yang lain.

Ini bermakna, Nibras dan Imtiaz tidak menjadi radikal dalam sekelip mata. Mereka telah menggunakan bahan-bahan radikal selama satu hingga dua tahun sebelum akhirnya hilang dari keluarga mereka pada bulan Februari-Mac. - The Daily Star/Asia News Network

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan