Anggota Polis Maut, Tiga Cedera Bom Kereta Meletup

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2016 9:34 PM

Seorang anggota polis terbunuh manakala tiga yang lain cedera apabila bom kereta meletup di markas kawalan di Koh Mo Kaeng, Nongchik, Pattani pada Selasa. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Seorang anggota polis terbunuh manakala tiga yang lain cedera apabila bom kereta meletup di markas kawalan di Koh Mo Kaeng, Nongchik di di sini, Selasa.

Penolong Ketua Polis Nongchik, Lt.Pol. Anthi Koari berkata, kereta terbabit dipandu seorang suspek dan meninggalkan kenderaan tersebut berhampiran markas itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

"Kereta itu dilengkapi 100kg bahan letupan dan meletup kira-kira 30 saat selepas suspek melarikan diri," katanya kepada pemberita mengenai kejadian pukul 10.30 pagi waktu tempatan itu.

Markas itu terletak berhampiran Jalan Pattani-Hatyai.

Dalam kejadian berasingan di Yala pada Isnin, seorang warga emas berusia 65 tahun maut manakala dua lagi cedera dalam serangan grenad berhampiran Masjid Jamek Banang Sata.

Ketua Polis Wilayah Yala, Mej. Jen. Ittipon Acharia-Pradit berkata, sasaran sebenar dalam kejadian 8 malam itu adalah Balai Polis Banang Sata tetapi tersasar dan mengenai masjid berkenaan.

Peluru grenad senapang tu katanya, terkena wayar elektrik dan dahan kayu sebelum meledak di kawasan di masjid itu. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan