Penyerang Dhaka Dipengaruhi Pengganas - Polis Bangladesh

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2016 11:28 PM

Nibras Islam merupakan salah seorang lelaki bersenjata dalam serangan di restoran di Dhaka, Bangladesh pada Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Polis Bangladesh pada Isnin memperoleh maklumat daripada rakan-rakan dan keluarga lelaki bersenjata yang disyaki melancarkan serangan di sebuah restoran di sini, Jumaat lalu.

Sebahagiannya dipercayai berpendidikan tinggi dari dalam dan luar negara.

Pada 1 Julai lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melakukan serangan di sebuah kafe di ibu negara Bangladesh dan menahan beberapa individu sebagai tebusan serta membunuh 20 orang.

Kebanyakan yang maut dalam serangan didakwa dilakukan oleh kumpulan militan IS, merupakan warga asing dari Itali, Jepun, India dan Amerika Syarikat

Ia merupakan salah satu serangan militan yang terburuk di Bangladesh setakat ini.

Beberapa posting di Facebook mengenal pasti kumpulan lelaki berkenaan yang dirakamkan gambar di laman web IS dengan bendera hitam, iaitu Nibras Islam, Rohan Imtiaz, Meer Saameh Mubasheer, Andaleeb Ahmed dan Raiyan Minhaj. 

Menurut pegawai, kebanyakan mereka mendapat pendidikan dari sekolah dan universiti berprestij di Dhaka dan Malaysia. 

"Satu kumpulan lelaki yang melancarkan serangan di restoran yang mempunyai latar belakang pendidikan yang bagus. Antara mereka belajar di sekolah yang maju," kata Menteri Penerangan Bangladesh, Hasanul Haq Inu kepada media India, NDTV. 

Dua lagi belajar di sebuah sekolah elit di Dhaka iaitu Shcolastica.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Dhaka, Masudur Rahman berkata, polis sedang menyisat kaitan itu.

Menurut Rahman, petunjuk awal menyatakan bahawa Nibras Islam, Meer Saameh Mubasheer dan Rohan Imtiaz 'mungkin terlibat' dalam serangan itu.

"Mungkin terdapat kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa, termasuk IS. Kita sedang melihat dari sudut itu," katanya, sambil menambah penyerang berpelajaran, kaya dan terpengaruh. - Reuters

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan