Dua Militan Maut Selepas Berbalas Tembak Di Narathiwat

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 4:59 PM

Anggota pasukan keselamatan Thailand menahan seorang suspek selepas insiden berbalas tembak dengan militan yang mengakibatkan dua pengganas terkorban pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

NARATHIWAT: Dua militan dipercayai anggota unit Runda Kumpulan Kecil (RKK) maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di sini.

Ketua Renjer Ke-46 Kol Pasit Chanlekha berkata, kejadian pada 11.30 pagi semalam itu berlaku di sebuah rumah di Kampung Uyi Mukim Lalot, daerah Rusak di sini.

"Menerusi maklumat perisikan yang diperolehi, pasukan keselamatan telah mengepong rumah berkenaan dan meminta tiga lelaki berada dalam rumah itu supaya menyerah diri, tetapi mereka enggan dan menyebabkan berlakunya insiden berbalas tembakan selama 30 minit," katanya di sini, Ahad.

Katanya, pasukan keselamatan turut meminta bantuan imam di kampung berkenaan untuk menasihatkan tiga lelaki berkenaan supaya menyerah diri tetapi permintaan beliau tidak dipenuhi.

Menurut Pasit, selepas insiden berbalas tembak itu tamat, pasukan keselamatan telah menemukan dua mayat anggota militan itu dikenali sebagai Ali Sulong, 23, dan Abulasae Sikat, 35, serta senjata api M-16 dan Ak-47.

Anggota militan yang ditahan pula dikenali sebagai Mohamad Bulat, 25, katanya.

Dalam kejadian berasingan pada 4.30 semalam, dua anggota tentera cedera ringan selepas sebutir bom yang meletup di Jalan Narathiwat-Pattani terkena dua trak membawa anggota tentera pulang daripada pertempuran di Rusak.

Sementara itu, pihak Pusat Pemerintahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri ke-4 (ISOC4) semalam berkata ia akan mengadakan siasatan tentang dakwaan dua anggota renjer daripada Kompeni Renjer Ke-33 melakukan hubungan seks dengan dua wanita tempatan dua hari lepas.

Menurut penolong jurucakapnya Kol Yuttanam Pechmuang, kira-kira 200 penduduk  mengadakan demonstrasi bagi membantah perbuatan itu semalam dengan meminta dikeluarkan anggota tentera yang ditempatkan di kampung itu serta dua anggota terbabit meminta maaf.

Yuttanam berkata, pihak ISOC meminta maaf atas kejadian itu dan akan melakukan siasatan terperinci mengenainya sama ada ia merupakan insiden rogol atau berlaku atas kerelaan dua wanita itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Runda Kumpulan Kecil , Rusak , militan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan