Baghdad Berdarah Lagi, Umat Islam Maut Ketika Bersahur

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 10:35 AM

Letupan di Karada mengorbankan sekurang-kurangnya 18 nyawa termasuk umat Islam yang sedang bersahur.

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 61 lagi cedera dalam dua letupan bom kereta di pusat membeli-belah dan pasar awam terkemuka di bandar ini awal pagi Ahad.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) menerusi kenyataan yang disebarkan menerusi Internet mendakwa bertanggungjawab melancarkan kedua-dua serangan itu.

Bom kereta itu diletupkan berhampiran sebuah restoran di Karrada ketika umat Islam bersahur di bulan Ramadan.

Insiden pertama ini mengakibatkan 18 maut, manakala 45 mengalami kecederaan.

Kejadian kedua pula berlaku di al-Shaab, daerah Shi'ite di utara ibu negara Iraq itu dengan mencatatkan lima kematian dan 16 yang lain cedera.

Baghdad menjadi lokasi sasaran siri kejadian pengeboman yang didakwa dilakukan IS bulan lalu apabila hampir 200 orang terkorban di dan berhampiran bandar dalam tempoh hanya seminggu. --AP

Tags / Kata Kunci: sahur , Karada , Ramadan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan