Pemandu Kereta Elektrik Tesla Maut Ketika Guna Mod 'Autopilot'

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 10:41 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Siasatan keselamatan persekutuan telah dijalankan selepas pemandu kereta elektrik Tesla, Model S yang menggunakan mod 'autopilot' (pandu sendiri) maut, menurut syarikat pengeluar kereta itu, Khamis.

Tesla berkata Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional (NHTSA) telah membuka kertas 'penilaian awal' ke atas prestasi autopilot kenderaan selepas syarikat kereta elektrik itu memberitahu agensi tentang kematian yang berlaku.

Dalam satu kenyataan, Tesla berkata kematian itu adalah 'kehilangan tragis' dan merupakan kejadian pertama seumpamanya yang berlaku apabila sistem autopilot diaktifkan.

"Ini adalah kematian pertama yang diketahui hanya dalam jarak lebih 130 juta batu (209 juta kilometer) di mana autopilot diaktifkan," kata syarikat itu.

"Antara semua kenderaan di Amerika Syarikat, terdapat satu kematian setiap 94 juta batu. Di seluruh dunia, terdapat satu kemalangan maut kira-kira setiap 60 juta batu," katanya.

"Adalah penting untuk ditekankan bahawa tindakan NHTSA adalah satu penilaian permulaan semata-mata untuk menentukan sama ada sistem itu telah berfungsi seperti yang diharapkan."

Tesla, yang terkenal dengan pengeluaran kereta elektrik mewah melancarkan sistem itu tahun lepas yang membolehkan kenderaan menukar lorong secara automatik, mengurus kelajuan dan juga menekan brek. Sistem ini diaktifkan dan dikendalikan oleh pemandu.
Tags / Kata Kunci: Tesla , kereta elektrik , autopilot

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan