Joko Widodo Beri 'Lampu Hijau' Kepada TNI Bantu Bebas Tebusan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 10:05 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) menerima lampu hijau daripada Presiden Joko Widodo untuk melancarkan operasi menyelamat jika usaha diplomatik gagal membebaskan tebusan warga Indonesia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di Filipina.

Menurut berita Tempo, Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu dipetik sebagai berkata presiden memberi kebenaran kepada kaedah ketenteraan itu.

Namun katanya kerajaan itu akan cuba menyelesaikan krisis tersebut melalui saluran diplomatik sambil menegaskan tiada bayaran wang tebusan kepada kumpulan militan berkenaan.

Kenyataan itu hadir selepas kerajaan Filipina pada Rabu bersetuju membenarkan tentera TNI memasuki perairan wilayah negara itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyelamatkan tujuh tebusan warga Indonesia.

Ryamizard berkata operasi tersebut bagaimanapun hanya akan dilancarkan di bawah keadaan luar biasa dan tentera kedua-dua negara perlu menjalani latihan sebelum meneruskan operasi menyelamat.

"Kami perlu mengadakan latihan untuk mengelakkan kekeliruan," Ryamizard.

TNI katanya bersedia untuk menggerakkan tenteranya jika perlu tetapi ia tidak akan campur tangan buat masa ini kerana kerajaan Filipina mengerahkan enam hingga 10,000 tenteranya susulan insiden terbaharu itu.

"Jika tebusan hilang dan Filipina meminta kerjasama kami, kami akan melakukannya," kata Ryamizard.

Tujuh krew kapal Indonesia diculik di laut selatan Filipina dalam siri terbaharu penculikan oleh kumpulan bersenjata di wilayah bergolak itu pada 20 Jun lalu.

Satu mesyuarat peringkat tertinggi diadakan pada malam Jumaat untuk membincangkan langkah susulan Indonesia terhadap isu penculik rakyatnya, kata Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan.

Mesyuarat krisis itu diadakan berikutan kepulangan Menteri Luarnya, Retno Marsudi dari Filipina yang bertemu dengan rakan sejawatannya, Perfecto Yasay susulan pelantikan Rodrigo Duterte sebagai presiden baharu negara itu pada Khamis, lapor Jakarta Post.

Tags / Kata Kunci: TNI , Indonesia , culik

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan