Doktor Maut Dalam Serangan Berada Di Turki Untuk Bebaskan Anak Daripada Sertai IS

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 10:59 AM

Fathi Bayoudh. (Gambar Facebook)

(Ubah saiz teks)

TUNISIA: Rakyat Tunisia yang terbunuh dalam serangan di lapangan terbang Istanbul pada Rabu berada di Turki dalam usaha mendapatkan pembebasan anaknya yang ditahan kerana menyertai kumpulan jihad, menurut diplomat, Khamis.

Perdana Menteri Turki Binali Yildirim telah menuding jari terhadap Negara Islam (IS) berhubung serangan pada Rabu, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 41 orang dan mencederakan 239 yang lain walaupun tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab.

Salah seorang mangsa yang maut adalah seorang warga Tunisia, dikenal pasti sebagai Fathi Bayoudh, seorang doktor yang dilaporkan berada di Turki selama beberapa minggu dalam usaha untuk membawa pulang anaknya.

Anak lelaki Bayoudh telah dituduh menyertai IS di Syria, sumber Kementerian Luar dipetik sebagai berkata oleh stesen radio swasta Tunisia, Mosaique FM.

Selepas berbulan berulang-alik antara Tunisia dan Turki, Bayoudh akhirnya berjaya memujuk anaknya untuk pulang ke rumah bersama dengannya, kata sumber kerajaan kepada AFP.

Sumber Kementerian Pertahanan di Tunisia berkata Bayoudh berada di Lapangan Terbang Ataturk untuk bertemu dengan isterinya ketika tiga serangan bunuh diri melanda.

Ketua Hal Ehwal Konsular di Kementerian Luar Tunisia, Faycal Ben Mustapha memberitahu AFP bahawa konsulat Tunisia di Istanbul telah berhubungan 'dengan keluarga Bayoudh sejak Disember'.

"Ia ada kaitan anak mereka. Kita tidak tahu apa yang dia telah lakukan, tetapi dia pergi ke Iraq dan kemudian Syria dan berakhir dalam tahanan di Turki," katanya.

Jurucakap Kementerian Pertahanan mengesahkan warga Tunisia itu yang berada di Turki atas urusan peribadi telah terbunuh dalam serangan semalam.

Kumpulan IS telah menjalankan siri serangan bom di Turki sejak tahun lepas.

Tunisia juga telah menjadi mangsa beberapa serangan yang didakwa oleh IS, dan difahamkan beribu-ribu rakyat Tunisia sanggup keluar dari negara mereka untuk menyertai organisasi jihad di Syria, Iraq, dan negara jiran, Libya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan