Petunjuk Awal Serangan Di Istanbul Dilakukan IS - PM Turki

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 11:03 AM

Perdana Menteri Turki Binali Yildirim bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Ataturk. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Perdana Menteri Turki Binali Yildirim pada Rabu berkata tanda-tanda awal telah mencadangkan bahawa Negara Islam (IS) berada di sebalik tiga pengeboman berani mati di lapangan terbang Istanbul.

Beliau turut mengumumkan angka kematian akibat serangan itu telah meningkat kepada 36.

"Menurut maklumat yang paling baharu, 36 orang telah kehilangan nyawa," kata Yildirim kepada wartawan di tempat kejadian, sambil menambah 'bukti serangan telah ditujukan kepada Daesh', dengan menggunakan nama lain bagi negara Islam (IS).

Perdana Menteri menambah 'ramai yang cedera, tanpa memberi satu angka.

Tiga pengebom berani mati telah bertindak melepaskan tembakan ke arah penumpang dengan senapang automatik sebelum meletupkan diri sendiri, kata Yildirim.

Beliau tidak mengenal pasti identiti pengebom itu atau menyatakan kewarganegaraan mereka.

Perdana Menteri berkata, penyerang tiba di lapangan terbang dengan teksi.

Beliau menolak sebarang kelemahan keselamatan di Ataturk, yang merupakan salah satu hab udara paling sibuk di Eropah.
Tags / Kata Kunci: militan IS , Binali Yildirim , Daesh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan