Pasukan Bola Keranjang Filipina 'Terlepas' Serangan Di Istanbul

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 3:41 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Pasukan bola keranjang lelaki Filipina telah berada di lapangan terbang di Turki sebelum berlakunya serangan maut.

Bagaimanapun pasukan kebangsaan Filipina itu bersyukur apabila dapat kembali dengan selamat.

Pasukan Gilas Pilipinas tiba di Manila dari Turki lewat malam Selasa, hanya beberapa jam sebelum pengganas menyerang Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul yang membunuh 36 orang dan menyebabkan beratus-ratus yang lain cedera, menurut posting CNN.

"Turki telah menjadi rumah saya hampir 3 tahun. Sangat sedih dan bimbang memikirkan rakan-rakan di sana. Terima kasih Tuhan, Gilas dan pasukan Turki selamat. #Prayers," kata ketua jurulatih pasukan Filipina Tab Baldwin di akaun Twitternya.

Baldwin mempunyai pengalaman kejurulatihan antarabangsa yang luas dan pernah menjadi jurulatih di Liga Super Turki.

Pemain, Marc Pingris dan Andray Blatche juga berasa lega kerana terlepas daripada tragedi itu.

"Kami baru sahaja berada di situ dalam perjalanan ke Manila lima jam sebelum serangan. Tuhan, terima kasih kerana menyelamatkan pasukan Gilas. #prayforturkey #istanbul," Pingris menulis dalam bahasa Filipina di Instagram beliau.

Pasukan kebangsaan Turki, yang juga akan bersaing dalam kejohanan kelayakan Olimpik di sini minggu depan, berada dalam pesawat yang sama dengan Gilas.

Filipina pulang ke tanahair selepas menjalani latihan selama tiga minggu di Eropah.
Tags / Kata Kunci: Gilas Pilipinas , serangan Istanbul

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan