"Saya Masih Hidup" - Ratu Elizabeth

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 12:45 PM

Ratu Elizabeth.

(Ubah saiz teks)

LONDON: "Saya masih hidup," sindir Ratu Elizabeth pada Isnin ketika ditanya mengenai tahap kesihatannya dalam kemunculan pertamanya selepas pungutan suara rakyat Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Kenyataan hambar itu disusuli beberapa peristiwa dramatik bagi Britain yang menyaksikan peletakan jawatan perdana menteri, pound menjunam ke tahap terendah sejak 30 tahun dan England tewas kepada Iceland pada pusingan kelompok 16 pasukan terbaik Euro 2016.

Terkini, kenyataan berbaur sindiran itu terkeluar daripada mulut Ratu Elizabeth ketika pertemuannya dengan bekas anggota unit separa tentera Tentera Republik Ireland yang kini menjawat jawatan Menteri Utama, Martin McGuinness di wilayah yang di bawah pentadbiran Britain itu.

"Helo, adakah tuanku sihat?" kata McGuinness bertanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan baginda dalam pertemuan yang disiarkan menerusi siaran televisyen itu.

"Saya masih hidup. Kami sedikit sibuk kerana terlalu banyak yang perlu diurus." jawab Ratu Elizabeth dengan tawa sambil bersalaman.

Masib belum jelas sama ada komen yang diberikan ratu itu merujuk kepada situasi politik semasa di Britain atau berkemungkinan sambutan ulang tahun terkini baginda.

Setakat ini baginda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pungutan suara Britain untuk keluar dari EU, hasil yang bakal mewujudkan ketegangan di negara itu. 



Tags / Kata Kunci: Ratu Elizabeth , Kesatuan Eropah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan