Pesawat Singapore Airlines Terbakar

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 9:32 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) terbakar di landasan Lapangan Terbang Changi di sini pagi Isnin selepas diarah berpatah balik kerana kebocoran bahan api.

The Straits Times Singapura difahamkan pesawat dengan nombor penerbangan SQ368 itu berlepas dari Terminal 3 Lapangan Terbang Changi menuju Milan, Itali  kira-kira pukul 2.05 pagi Isnin.

Salah seorang penumpang, Lee Bee Yee, 43, berkata dia terhidu bau petrol kira-kira dua atau tiga jam selepas pesawat tersebut berlepas.

"Juruterbang kemudiannya memaklumkan kepada kami berlaku kebocoran dan pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Changi kerana tidak  mempunyai bekalan petrol secukupnya untuk perjalanan itu," kata Lee.

Menurut Lee, pesawat itu membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi kira-kira pukul 6.45 pagi.

Sebaik mendarat, sayap kanan pesawat itu terbakar.

"Api mulai marak dan kami terpaksa menunggu kira-kira dua atau tiga minit sebelum bomba tiba.

"Semua penumpang kelihatan tenang," katanya.

Gambar yang dirakam Lee menunjukkan anggota bomba menyembur buih untuk memadamkan kebakaran itu.

Kesemua penumpang kemudiannya turun dari pesawat kira-kira pukul 7.20 pagi.


Tags / Kata Kunci: SIA , Singapore Airlines , kebakaran

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan