Landasan 2 Lapangan Terbang Changi Kembali Beroperasi

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 3:53 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Landasan 2 Lapangan Terbang Changi kini kembali beroperasi setelah dibersihkan dan dijalankan pemeriksaan.

Terdahulu, pesawat Singapore Airlines Penerbangan SQ368 yang dalam penerbangan ke Milan, berpatah balik dan mendarat di landasan itu kerana mengalami masalah awal pagi Isnin.

Pesawat berkenaan sudah ditunda ke tempat lain.

Dalam maklumat yang dikemas kini melalui Facebooknya, Lapangan Terbang Changi berkata apabila pesawat itu mendarat di Landasan 2, enjinnya terbakar, tetapi berjaya dipadam dalam masa beberapa minit oleh pasukan Perkhidmatan Kecemasan Lapangan Terbang, yang diletakkan dalam keadaan tunggu sedia.

Pesawat itu berpatah balik ke lapangan terbang berkenaan pada kira-kira 6.50 pagi ini setelah mendapat mesej amaran mengenai masalah minyak enjin.

Pesawat itu pada mulanya berlepas dari Changi pada kira-kira 2.25 pagi.

Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tags / Kata Kunci: Changi

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan