Bom Kereta Meletup Di Sungai Golok, Dua Cedera

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

NARATHIWAT: Sebuah bom kereta meletup di pekan Sungai Golok di sini pagi Ahad mencederakan dua orang awam berada berhampiran lokasi kejadian, menurut polis.

Ketua Polis Sungai Golok Kol Korn-art Suwannakam berkata, dianggarkan 50kg bahan letupan diletakkan dalam kereta itu yang meletup kira-kira 6.10 pagi (waktu tempatan) berhampiran markas polis dan pasar serta rumah di pekan itu.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga buah motosikal mengambil penumpang kereta itu sebaik sahaja ia diletakkan di lokasi kejadian sebelum ia meletup tiga minit kemudian," katanya di sini, Ahad.

Polis, katanya sedang meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti identiti lelaki yang menaiki tiga motosikal itu serta penumpang kereta terbabit untuk membantu siasatan.

Kedua-dua mangsa yang cedera dalam letupan bom kereta itu, seorang lelaki 40 tahun dan remaja perempuan 19 tahun sedang menerima rawatan di Hospital Ratchanakarin di sini, katanya.

Tags / Kata Kunci: Sungai Golok

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan