Wanita Berpakaian 'Sarat' Bendera Tidak Dibenar Buang Undi

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 11:27 AM

-fotoSWNS

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita yang hadir mengundi untuk Referendum UK marah selepas diberitahu supaya meninggalkan tempat pembuangan undi gara-gara pakaiannya.

Teresa Hicks, 68, keluar untuk mengundi pada Khamis, tetapi diminta meninggalkan tempat mengundi di Stevenage kerana 'berpakaian tidak sesuai'.

"Saya sedang dalam barisan dan seorang lelaki datang kepada saya dan berkata 'pakaian anda tak sesuai'," katanya kepada metro.co.uk .


Teresa, nenek kepada dua cucu, mengikat bendera England di badannya, memakai baju dan cermin mata Union Jack sambil dua bendera Union Jack di ikat kepala dan memegang poster besar yang berbunyi: 'Mengundi Untuk Meninggalkan EU. Jadikan 23 Jun 23 Hari Kebebasan'.

Mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya, pengundi tidak dibenarkan memakai kelengkapan atau pakaian yang terang-terangan berunsur politik di dalam tempat mengundi.


Beliau kemudiannya dibenarkan untuk membuang undi selepas mengeluarkan apa yang tidak dibenarkan dipakai dari kawasan pengundian.

Referendum UK adalah pungutan suara yang dicadangkan Perdana Menteri UK, David Cameron selepas pilihan raya pada 2015 bagi mengutip undi rakyat United Kingdom (UK) untuk menentukan sama ada UK kekal atau keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Selain menentukan nasib UK dalam EU, ia juga bakal mencorak penglibatan UK dalam beberapa isu utama termasuk imigresen, kerjasama ekonomi dan konsep pergerakan bebas EU.

Tags / Kata Kunci: Referendum UK , bendera Union Jack

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan