20,000 Terkandas Di Taiwan Selepas Krew Kabin Lancar Mogok

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 12:48 PM

Sebahagian daripada krew kabin yang melancarkan mogok terhadap majikan mereka, syarikat penerbangan China Airlines, sejak malam Khamis. -fotoEPA

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Mogok oleh kakitangan syarikat penerbangan terbesar di Taiwan, China Airlines (CAL) menyebabkan 20,000 penumpang terkandas, Jumaat.

Ini adalah tindakan perindustrian pertama yang dilancarkan oleh krew kabin dalam sejarah penerbangan di pulau ini.

Syarikat penerbangan itu terpaksa membatalkan semua penerbangan keluar dari dua lapangan terbang utama di ibu negara, Taipei, kecuali perkhidmatan sewa khas untuk Presiden Tsai Ing-wen yang berlepas untuk lawatan negara ke Panama dan Paraguay, pagi Jumaat.

Ramai penumpang beratur di kaunter CAL di lapangan terbang di Songshan dan Taoyuan pagi Jumaat kerana syarikat penerbangan itu cuba untuk mendapatkan penerbangan lain untuk mereka.

Beratus-ratus atendan penerbangan mengadakan mogok dengan hanya duduk di luar ibu pejabat firma itu di Taipei semalaman, membantah keperluan baharu yang memerlukan mereka melaporkan diri untuk bekerja di Taoyuan yang terletak di pinggir Taipei, bukannya di pusat bandar Songshan.

Mereka berkata langkah itu dibawa masuk 'secara unilateral'.

"(Ia) tekanan kepada kita untuk bekerja lebih lebih masa dan akan menjejaskan keselamatan penerbangan secara serius," kata Kesatuan Atendan Penerbangan Taoyuan dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Kesatuan itu juga menyeru beberapa pembaikan lain, termasuk gaji berganda untuk mereka yang berkerja pada hari cuti kebangsaan.

Mogok rasmi bermula pada tengah malam Khamis. Penunjuk perasaan terus duduk di luar pejabat CAL pada Jumaat.

Presiden dan pengerusi CAL telah digantikan pada Khamis selepas mengemukakan peletakan jawatan mereka sebelum mogok dilancarkan.

Pengerusi baharu, Ho Nuan-hsuan dijangka memasuki pejabat pada Jumaat apabila pelantikannya secara rasmi diluluskan oleh lembaga pengarah.

Ho, dilantik oleh Kementerian Pengangkutan, yang merupakan pemegang saham terbesar CAL, dilaporkan memihak kepada permintaan kesatuan.

Dalam satu kenyataan, Jumaat, CAL menggesa kerajaan untuk campur tangan dalam usaha mengakhiri mogok itu dengan lancar, menyatakan bahawa kesatuan itu tidak bersedia untuk berunding.

Ia menyifatkan mogok itu sebagai 'serangan mengejut yang tidak dibenarkan' di syarikat penerbangan itu.

Tsai sempat mengucapkan terima kasih kepada atendan penerbangan dalam ucapan yang singkat sebelum berlepas dan berikrar kerajaan akan mempertahankan hak-hak pekerja mereka.
Tags / Kata Kunci: mogok , krew kabin , CAL

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan