Rakyat Britain Putuskan Keluar EU

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Rakyat Britain telah membuat keputusan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), lapor media negara itu, Jumaat.

Berdasarkan kiraan di 302 daripada 382 kawasan di seluruh Britain, 52 peratus undian memihak kepada kem ‘keluar’ berbanding 48 peratus undian yang memilih untuk 'kekal'.

Keputusan itu pada masa sama menyaksikan mata wang Britain, pound mencapai paras terendah sejak lebih 31 tahun lalu berbanding dolar Amerika Syarikat.

Selain itu, saham dan harga minyak turut menunjukkan aliran menurun di pasaran Asia dalam dagangan pagi Jumaat.

Referendum UK adalah pungutan suara yang dicadangkan Perdana Menteri UK, David Cameron selepas pilihan raya pada 2015 bagi mengutip undi rakyat United Kingdom (UK) untuk menentukan sama ada UK kekal atau keluar dari EU.

Selain menentukan nasib UK dalam EU, ia juga bakal mencorak penglibatan UK dalam beberapa isu utama termasuk imigresen, kerjasama ekonomi dan konsep pergerakan bebas EU.

Tags / Kata Kunci: EU , Brexit , Kesatuan Eropah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan