Jaguar Amazon Ditembak Mati Pada Majlis Obor Olimpik

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 9:11 AM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Seekor jaguar yang terlibat pada majlis nyalaan obor Olimpik telah ditembak mati oleh anggota keselamatan sejurus selepas acara yang berakhir di Pusat Bandar Manaus, Brazil di sini.

Tindakan menembak haiwan berkenaan dibuat susulan ia melarikan diri daripada pengendalinya, demikian menurut kenyataan pihak tentera.

Jaguar itu terbunuh pada Isnin di sebuah zoo berhampiran pusat latihan ketenteraan, apabila seorang askar melepaskan tembakan pistol selepas haiwan itu mendekati askar.

Pihak tentera berkata. "Kami telah membuat kesilapan apabila membenarkan obor Olimpik yang menjadi simbol keamanan dan perpaduan dipamerkan bersama haiwan liar yang dirantai.

"Keadaan ini memberikan imej yang bertentangan dengan kepercayaan dan nilai-nilai kita," kata jawatankuasa penganjur tempatan Rio 2016 dalam kenyataan sambil menambah" pihaknya memberi jaminan bahawa kejadian yang seumpama itu tidak akan berulang di Rio 2016.

Jaguar bewarna kuning yang dikenali sebagai Ginga merupakan maskot pasukan Olimpik Brazil.

Kejadian tembakan itu menimbulkan kemarahan di kalangan kumpulan hak asasi haiwan yang mempersoalkan mengapa binatang itu terlibat dalam acara Olimpik.

"Bila manusia (dan institusi) akan berhenti menunjukkan kuasa dan bertindak mengurung, menjinakkan dan mempamerkan haiwan liar?" kata kumpulan hak asasi haiwan yang berpangkalan di Ri de Janeiro - Animal Freedom di laman Facebook. -Reuters

Tags / Kata Kunci: Jaguar , Obor Olimpik , Olimpik Rio 2016

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan