Tiny Perez, Musuh Utama Abu Sayyaf Dibunuh - Berita Dunia | mStar

Tiny Perez, Musuh Utama Abu Sayyaf Dibunuh

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

ZAMBOANGA: Pegawai kanan tentera Filipina terbunuh di luar kediamannya di selatan negara itu, pada Ahad telah mengetuai pelbagai operasi menentang kumpulan Abu Sayyaf antara 2000 hingga 2004.

"Jika saya menyerang, buru saya, Jika saya goyah, desak saya. Jika saya berundur, bunuh saya." 

Demikian adalah antara kata-kata yang sering dilafazkan Leftenan Kolonel Cristobal Julian Paolo "Tiny" Perez ketika bertugas di medan perang.

Perez diisytiharkan sebagai musuh utama kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Basilan.

Operasi yang diketuainya selama empat tahun sebelum ini telah mengakibatkan sejumlah anggota Abu Sayyaf terbunuh.

Pada Isnin, Perez, 46 telah ditembak lelaki yang menaiki motosikal di luar kediamannya di Persiaran Buenbrazo di Barangay Guiwan di sini.

Polis masih menyiasat punca kejadian berkenaan.

Perez yang bertugas di Pulacan pulang ke rumahnya bagi meraikan sambutan Hari Bapa bersama isterinya, May.

Bekas Pesuruhjaya Hak Asasi Kemanusiaan, Jose Manuel Mamauag berkata, Perez begitu bersungguh untuk memastikan anggotanya mengikut kelas hak kemanusiaan.

"Beliau adalah penyokong hak asasi kemanusiaan dalam uniform tentera," katanya.-- Philippine Daily Inquirer

Tags / Kata Kunci: Tiny Perez , Abu Sayyaf
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan