Suspek Pengganas Abu Sayyaf Lari Dari Tahanan Polis

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 10:45 PM

(Ubah saiz teks)

ZAMBOANGA CITY: Seorang suspek pengganas Abu Sayyaf yang terlibat dalam pembunuhan kejam di Talipao, Sulu pada 2014 melarikan diri daripada tahanan polis ketika dipindahkan ke penjara pada Selasa.

Ketua Polis Zamboanga City, Supt. Luisito Magnaye berkata Alhnur Usup yang juga dikenali sebagai Arab-arab, Arab Puti dan Aldin Usup, dipindahkan bersama seorang lagi suspek pengganas ke sebuah penjara di Zamboanga City sebelum terjun dari kenderaan yang digunakan polis.

Seorang lagi penjenayah yang dikenali sebagai Jamal Labuan cuba untuk melarikan diri tetapi tidak berjaya.

Magnaye menyifatkan Usup sebagai salah seorang suspek dalam pembunuhan kejam 24 orang termasuk seorang bayi berusia sembilan bulan di Talipao pada 2 Ogos 2014.

Dia ditahan di sini pada 2 Jun lalu.

"Ketika dia dalam perjalanan di bawa ke penjara suspek berjaya melarikan diri," kata Magnaye.

Beliau berkata Usup hanya diiringi seorang anggota polis, SP04 Montasil Amirul.

Sebuah van L300 yang membawa suspek dipandu SP01 Mario Lafuente.

Kedua-dua pegawai polis itu ditugaskan dengan bahagian risikan di bandar itu.

Magnaye berkata kedua-dua pegawai polis itu disoal siasat untuk menjelaskan bagaimana suspek berjaya melarikan diri.

Katanya, kedua-dua pegawai polis itu mungkin berdepan hukuman digantung kerja.

"Kami akan memfailkan kes ke atas mereka," katanya.



Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , Zamboanga City , lari , penjara

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan