Remaja Singapura Masih Mampu Tersenyum Selepas Ditahan Mencuri di Bangkok

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 3:53 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Dua remaja wanita yang ditahan kerana mencuri di Bangkok, masih mampu tersenyum dan bergurau apabila gambar mereka dirakam.

Gambar kedua-dua warga Singapura itu menjadi viral selepas mereka memuatnaik ke media sosial dan perlakuan mereka itu mendapat maklum balas di kalangan netizen di Thailand dan negara kelahiran mereka.

Remaja berusia 18 tahun itu ditahan selepas mencuri dua paket spageti dari kedai di Platinum Fashion Mall, Thailand pada 16 Jun lalu.

Bercakap kepada portal berita Singapura, salah seorang daripada gadis berkenaan, Low Yu Min yang menyambut hari lahirnya yang ke-19 pada Isnin berkata, dia mahu bertanggungjawab atas tindakannya itu dan memohon maaf kepada pihak berkuasa dan rakyat kedua-dua negara.

"Kami bertindak bodoh dan menyesal kerana tidak menganggap apa yang berlaku itu serius.

"Kami mohon maaf atas apa yang berlaku dan lebih penting maaf kepada semua pihak yang bersimpati dan mengambi berat terhadap kami," katanya.

Yu Min berkata, dia bersama tiga lagi rakannya termasuk dua lelaki ke Thailand untuk bercuti selama seminggu.

Bagaimanapun, mereka berpecah dan dia bersama seorang lagi remaja wanita telah ke pusat membeli-belah itu.

Ketika melintasi sebuah kedai, My Faiday ditutup, manakala pekerjanya ke tandas.

Ketika itulah dua remaja itu memutuskan untuk mencuri barangan di kedai berkenaan.

"Kami menyesal dan mohon maaf banyak-banyak," katanya.

Empat sekawan itu kemudian bertemu semula selepas dua jam dan ke Mahboonkrong (MBK), satu lagi pusat membeli-belah kira-kira 1.9 kilometer.

Pada masa sama, ada pihak telah mengedarkan gambar dua remaja berkenaan yang diperoleh menerusi kamera litar tertutup (CCTV) hingga mereka dikesan berada di MBK.

Seterusnya beg mereka diperiksa dan diminta mengikut pekerja My Faiday ke pejabat keselamatan Platinum.

Di situ remaja bekenaan diminta menyerahkan pasport mereka atau perbuatan mereka dilaporkan kepada polis.

Mereka juga diminta membayar 5,000 baht atau RM575 untuk stok spagati yang dicuri, selain membiayai kos pengangkutan pekerja kedai itu sebanyak 1,000 baht atau RM115).

Bagaimanapun mereka hanya ada 4,000bath (RM460) dan terpaksa meminta rakan yang lein membantu.

"Hanya selepas kami selesai membayar jumlah yang mereka inginkan, mereka setuju untuk menutup kes itu dan ketika itulah kami memutuskan untuk mengambil gambar," katanya.

Bagaimanapun pada keesokkan harinya, pemilik akaun Facebook Auk Thanima memuatnaik maklumat berkaitan remaja itu hingga memalukan mereka.




Tags / Kata Kunci: Bangkok , Singapura , Platinum Fashion Mall

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan