Hukuman Penjara Seumur Hidup Ke-2 Mursi

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Satu lagi hukuman penjara seumur hidup dikenakan terhadap bekas presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi  bersabit kesalahan mengintip dan membocorkan rahsia negara.

Mahkamah sama pada Sabtu turut menjatuhi hukuman mati terhadap enam lagi tertuduh, manakala kakitangan di pejabatnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Difahamkan, enam defendan terbabit termasuk tiga wartawan, Ibrahim Mohamed Hilal, Omar Mohamed Sablan dari al-Jazeera dan Asmaa Mohamed al-Khatib dari rangkaian berita pro-Ikhwanul Muslimin, Rassd berdepan hukuman mati selepas disabit bersalah bersubahat menyerahkan dokumen rahsia kepada Doha.

Sebelum ini, Mursi telah dikenakan hukuman mati kerana rusuhan di penjara pada 2011 kerana menentang bekas presiden Hosni Mubarak, selain hukuman penjara seumur hidup kerana mengintip bagi pihak Hamas.

Peguam Abdel Moneim Abdel Maksoud memaklumkan Mursi juga dikenakan hukuman penjara 15 tahun berasingan selepas didapati bersalah kerana mencuri dokumen berkaitan keselamatan negara.

Menurutnya lagi, mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan ke atas Mursi yang sebelum ini didakwa menyerahkan dokumen rahsia kepada Qatar.    

 

Tags / Kata Kunci: Mohamed Mursi , Kaherah , Hamas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan