47 Disahkan Maut, 20 Hilang Dalam Banjir Lumpur Di Jawa Tengah - Berita Dunia | mStar

47 Disahkan Maut, 20 Hilang Dalam Banjir Lumpur Di Jawa Tengah

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 9:09 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) setakat ini menemui 47 mayat yang tertimbus di dalam lumpur berikutan hujan lebat yang mengakibatkan banjir lumpur dan tanah runtuh di beberapa kawasan di daerah Purworejo dan Banjarnegara di Jawa Tengah pada Sabtu.

Media-media dalam talian memetik Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Purworejo, Budi Hardjono, sebagai berkata sebanyak 20 mayat ditemui pada hari kejadian dan 27 mayat lagi ditemui pada Ahad malam.

"Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan dan 20 orang lagi masih dilaporkan hilang setakat ini," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya tanah runtuh dilaporkan berlaku di sembilan kawasan perkampungan di kedua-dua daerah itu.

Kerja-kerja SAR menjadi sukar kerana hujan masih berterusan selain faktor runtuhan tanah yang berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa 250 penduduk kampung yang menjadi sukarelawan membantu pihak penguatkuasaan menjalankan kerja-kerja SAR itu.

Sementara itu, Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, dalam kenyataannya berkata kerja-kerja mencari mangsa yang hilang akan diteruskan walaupun dalam keadaan cuaca buruk.

"Walaupun standard operasi mencari mangsa hilang ialah selama tujuh hari, namun BNPB boleh melanjutkan tempoh pencarian atas permintaan keluarga masing-masing," katanya.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam lamn webnya www.bmkg.go.id hujan diramal berterusan di beberapa kawasan di Jawa Tengah sehingga esok.

Tags / Kata Kunci: Banjir Lumpur
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan