Sindiket Penipuan Dari Malaysia Diberkas Polis Thailand

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Sindiket penipuan pusat panggilan palsu rakyat Malaysia yang dibongkar oleh Polis Thai di Chiang Mai, utara Thailand minggu lepas didapati hanya sempat beroperasi selama dua minggu.

Namun begitu menurut sumber, sindiket 14 rakyat Malaysia dan seorang Vietnam itu telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM500,000 dalam tempoh singkat mereka menjalankan kegiatan mereka.

"Untuk menyiasat lebih lanjut, Polis Thai meminta kerjasama Polis Diraja Malaysia untuk mengetahui latar belakang kesemua anggota sindiket itu termasuk ketuanya yang dikenali dengan nama 'Chin' itu," katanya kepada Bernama pada Ahad.

"Chin" turut ditahan Polis Thai dalam operasi tempoh hari itu dan akan menghadapi pertuduhan tambahan berkaitan pil-pil methaphetamine yang ditemui di dalam biliknya.

Polis Thai menurutnya, telah pun menyerahkan maklumat berkaitan kesemua rakyat Malaysia terbabit seperti nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat dan sebagainya kepada Polis Malaysia untuk tujuan siasatan lanjut.

Polis Thai mahu mengetahui sama ada kesemua 14 rakyat Malaysia, 10 lelaki dan 4 wanita itu memiliki rekod jenayah lampau di negara asal mereka, katanya dan menambah, rakyat Malaysia adalah sasaran utama sindiket itu.

Sumber itu berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar hasil maklumat penduduk tempatan yang musykil dengan kehadiran ramai warga asing secara tiba-tiba di sebuah rumah sewa di San Sai yang terletak di daerah Kluaymai, Chiangmai.

"Kehadiran ramai warga Malaysia di rumah sewa itu telah membangkitkan keraguan dan kebimbangan penduduk tempatan yang bertindak memaklumkannya kepada pihak polis," katanya.

Serbuan dan penggeledahan oleh Polis Thai terhadap rumah disewa sindiket itu telah menemui pelbagai peralatan dan kelengkapan seperti telefon dan router internet serta senarai nama-nama mangsa mereka.

Sementara itu, seorang penyiasat Polis Thai memberitahu pihaknya telah mengenaplasti seorang lagi remaja perempuan berusia 17 tahun warga Malaysia dalam senarai keanggotaan sindiket itu.

Beliau yang enggan mendedahkan perkembangan terkini siasatan itu, berkata setakat ini dua remaja perempuan 17 tahun ditahan oleh pihak polis. 

Tags / Kata Kunci: Thailand

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan