Obama Ucap Takziah Kepada Suami Jo Cox

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 8:30 AM

TINGGAL KENANGAN... Mendiang Jo ketika bersama suaminya, Brendan Cox.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Barack Obama menghubungi suami Ahli Parlimen British, Jo Cox, Brendan Cox untuk menyampaikan ucapan takziah mewakili seluruh rakyat di negara itu di atas kematian isterinya.

Pada masa sama, Obama turut mengutuk pembunuhan kejam Ahli Parlimen yang disifatkan tidak mementingkan diri sendiri dan berjaya melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.

Menurut Rumah Putih, Obama menghubungi Brendan Cox dari dalam pesawat presiden, Air Force One, sehari selepas Ahli Parlimen itu dibunuh dengan kejam.

"Presiden Obama menyampaikan ucap takziah ikhlas kepada Cox dan dua orang anaknya yang masih kecil, juga kepada rakan-rakannya, rakan sekerja dan pengundi.

"Dunia ini menjadi tempat yang lebih baik disebabkan oleh perkhidmatan beliau kepada orang lain yang tidak mementingkan diri.

"Tidak ada sebarang justifikasi ke atas jenayah kejam yang meragut kebahagiaan sebuah keluarga, masyarakat dan bangsa daripada seorang isteri, ibu dan penjawat awam yang berdedikasi," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.

Jo Cox maut selepas ditembak dan ditikam beberapa kali ketika menghadiri mesyuarat di bahagian Parlimennya.

Pegawai tentera bergegas ke lokasi serangan yang berlaku dekat sebuah perpustakaan di Birstall, Yorkshire Barat pada petang Khamis.

Polis turut mengesahkan seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan di lokasi kejadian.

Suspek merupakan rakyat tempatan dan dikenali sebagai Tommy Mair.


Tags / Kata Kunci: Jo Cox , maut , Barack Obama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan