Ratusan Nelayan Pulau Jawa Bantu Paus Terdampar

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

PROBOLINGGO: Beratus-beratus nelayan Pulau Jawa cuba membantu ikan paus yang dikesan terdampar di pantai wilayah Jawa Timur untuk kembali semula ke tengah laut.

Operasi sepanjang malam itu dilakukan selepas penduduk di sini melihat kemunculan 32 paus pilot bersirip pendek ketika air pasang.

Bagaimanapun usaha untuk membantu mamalia itu tidak berjaya sepenuhnya apabila sekurang-kurangnya lapan paus itu mati selepas kembali semula ke pantai pada Rabu pagi.

Selain itu, kumpulan nelayan terlibat dapat membantu kira-kira 23 paus lain kembali ke tengah laut. 

Susulan kejadian tu, beberapa saintis akan menjalankan bedah siasat ke atas paus yang mati untuk mengenal pasti punca kematian.

Namun, beberapa pegawai perikanan berkata, paus itu mungkin mati disebabkan termakan sesuatu yang beracun.

Sementara itu, pegawai pejabat perikanan dan maritim tempatan, Dedy Isfandi berkata, pada mulanya, hanya seekor atau dua ekor paus itu berenang ke pantai itu.

"Sudah menjadi sifat semula jadi haiwan itu untuk berenang ke pantai jika ia sakit.

“Bagaimanapun, biasanya apabila salah seekor mamalia itu sakit, paus lain akan mendekati ikan yang sakit itu untuk membantunya berenang semula ke tengah laut. Malangnya semuanya paus itu terperangkap semasa air pasang,” kata Dedy. – AFP





Tags / Kata Kunci: paus pilot , Probolinggo , Pulau Jawa

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan