Lelaki Ditahan Bunuh Bapa Guna Penyepit Makanan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 8:35 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Seorang lelaki warga Jepun ditahan kerana menikam bapanya sehingga mati dengan menggunakan penyepit makanan, kata polis.

Suspek, Michikazu Ikeuchi, 51, mengakui menikam bapanya berusia 80 tahun di leher menggunakan sebatang penyepit makanan sepanjang 30 sentimeter pada Rabu malam selepas satu pertengkaran di rumah mereka di Osaka.

"Ikeuchi memberitahu bahawa dia cuba menghentikan ibu bapanya daripada bertengkar dan dia tidak berniat untuk membunuh bapanya," kata seorang anggota polis Osaka pada Khamis.

"Dia dalam keadaan marah ketika itu, kemudiannya menghayunkan penyepit itu di hadapan bapanya sebelum menyedari ia tertikam leher bapanya," ujar polis itu.

Ikeuchi yang tinggal bersama ibu bapa dan keluarga abangnya, menghubungi pasukan kecemasan selepas tertikam bapanya. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan