Mayat Budak Ditemui Selepas Diserang Buaya Di Disney World

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 8:41 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui mati selepas diserang seekor buaya dan diheret ke dalam air dekat Disney World di Orlando pada Selasa, kata pihak berkuasa pada Rabu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Lane Graves, dengan mayatnya ditemui dalam keadaan baik pada kira-kira pukul 10.45 pagi (1.45 pagi Khamis waktu Malaysia).

Pegawai pihak berkuasa, Jerry Demings berkata, mayat ditemui tidak jauh dari tempat mangsa diserang haiwan berkenaan.

Demings berkata, beliau percaya mangsa mati lemas.

"Sudah tentu, bedah siasat mengesahkannya. Tetapi terdapat kemungkinan bahawa kanak-kanak itu lemas selepas ditarik buaya," katanya.

Demings menolak tanggapan bahawa Disney perlu dipersalahkan dengan menyatakan bahawa taman tema itu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pengunjung tidak terlalu terdedah kepada hidupan liar.

Dilaporkan bahawa mangsa sedang bermain di 'Seven Seas Lagoon' di Disney Grand Floridian Resort & Spa semasa diserang haiwan reptilia itu, dipercayai sepanjang antara empat dan tujuh kaki.

Bapa mangsa bergegas ke dalam air cetek untuk menyelamatkan anaknya daripada diserang buaya tetapi tidak berjaya.

Pasukan penyelamat kemudiannya bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan pencarian. - Reuters



Tags / Kata Kunci: Lane Graves , Disney World

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan