Bangkai Pesawat EgyptAir Dikesan - Berita Dunia | mStar

Bangkai Pesawat EgyptAir Dikesan

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 7:47 AM

Setakat ini, hanya serpihan kecil pesawat, barang peribadi dan mayat mangsa nahas pesawat EgyptAir yang ditemui. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Lokasi utama bangkai pesawat EgyptAir yang terhempas di laut Mediterranean pada bulan lalu telah dikenal pasti.

Jawatankuasa siasatan pada Rabu berkata, lokasi tersebut dikesan oleh sebuah kapal milik Deep Ocean Search.

Kapal operasi mencari, John Lethbridge sedang berusaha menjejaki kotak hitam yang boleh membantu kumpulan penyiasat mendapatkan penjelasan berhubung punca pesawat MS804 terhempas pada 19 Mei lalu.

Isyarat daripada perakam data penerbangan diperlukan untuk mengesan kotak hitam itu yang dijangka berakhir pada 24 Jun. 

Kapal John Lethbridge memberikan imej-imej awal bangkai kepada kumpulan penyiasat.

Jawatankuasa siasatan dalam satu kenyataan berkata,satu pasukan bersama kumpulan penyiasat kini melakarkan peta lokasi penemuan bangkai pesawat itu.

Nahas pesawat EgyptAir pada 19 Mei lalu mengakibatkan kesemua 66 orang terbunuh. - Reuters

Tags / Kata Kunci: EgyptAir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan