Putera William Dedah Bakal Muncul Dalam Majalah Gay

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 7:38 AM

Putera William.

(Ubah saiz teks)

PUTERA William mendedahkan beliau akan muncul dalam penerbitan sebuah majalah gay terkemuka di United Kingdom (UK), Attitude.

Duke of Cambridge itu memberitahu seorang kakitangan semasa membuat kunjungan di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bahawa beliau akan dipaparkan dalam penerbitan bulanan itu.

Pengarah Urusan Attitude, Mike Buckley mengesahkan mengenai berita tersebut.

Buckley berkata: "Kita akan membuat pengumuman yang menarik untuk dikongsi tidak lama lagi."

Pasangan Duke dan Duchess of Cambridge menandatangani buku ucapan takziah terhadap mangsa insiden tembakan di kelab malam gay di Orlandon, di kedutaan AS di West inster, London pada Selasa.

Penyerang, Omar Mateen, 29, menembak mati 49 orang dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kejadian di kelab Pulse di Florida, awal pagi Ahad lalu.

Selepas menandatangani buku itu, pasangan tersebut bertemu dengan kakitangan yang berkhidmat untuk isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Presiden bagi Glifaa, sebuah persatuan bagi LGBT iaitu Craig Ptty berkata, Putera William memberitahu mengenai beliau akan terlibat dalam penerbitan majalah gay.

"Saya beritahu beliau apa yang saya lakukan (isu LGBT) dan beliau berkata akan muncul dalam majalah Attitude," katanya. - Mail Online


Tags / Kata Kunci: Putera William

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan