Pesawat Berpatah Balik Selepas Penutup Enjin Terjatuh - Berita Dunia | mStar

Pesawat Berpatah Balik Selepas Penutup Enjin Terjatuh

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 7:01 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pesawat terpaksa berpatah balik selepas penutup enjin terjatuh semasa pesawat itu berlepas.

Kru American Airlines membuat keputusan itu selepas penutup diperbuat daripada logam itu jatuh semasa penerbangan dari Pheonix.

Penerbangan AA403 ke San Francisco kemudiannya kembali mendarat dengan selamat di Pheonix Sky Harbor.

Imej pada radar menunjukkan pesawat itu membuat pusingan apabila ia berpatah balik ke lapangan terbang.

Tiada kecederaan dilaporkan. 

Memetik laporan KRMG, jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengesahkan insiden itu. - Mirror

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan