Pramugari Ditumbuk Penumpang Hanya Kerana Tempat Duduk

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 10:33 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

DUA lelaki dikatakan telah menumbuk seorang pramugari kerana enggan menaikkan taraf tempat duduk dari ekonomi kepada kelas pertama secara percuma.

China Press melaporkan, laman web China, Long Hua memberitahu, insiden itu berlaku dalam penerbangan domestik negara itu ketika berlepas dari Taiyuan ke Chongqing kira-kira pukul 3.40 petang, Ahad.

Seorang penumpang yang dikenali sebagai Zhou berkata, pramugari itu meminta lelaki berkenaan yang telah duduk di kerusi kelas pertama untuk kembali ke tempat duduk asalnya di bahagian ekonomi.

Malahan, pramugari itu juga mencadangkan supaya lelaki berkenaan menambah wang untuk berpindah ke ruang tempat duduk kelas pertama , tetapi kedua-dua lelaki itu itu mendakwa tidak mempunyai wang yang cukup dan mahu membuat bayaran menggunakan kad kredit.

Mereka juga enggan kembali ke kerusi asal di bahagian ekonomi, malahan cubaan seorang penumpang campur tangan bagi meredakan keadaan gagal menghalang perbuatan lelaki itu menumbuk petugas wanita berkenaan.

Juruterbang kemudiannya bertindak menghubungi polis dan pengawal keselamatan untuk mengiringi dua penumpang lelaki terlibat keluar dari pesawat berkenaan

Tags / Kata Kunci: Taiyuan , Zhou , ekonomi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan