Abu Sayyaf Akui Bunuh Mangsa Culik Untuk Malukan Duterte

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

ZAMBOANGA: Tindakan kumpulan pengganas Abu Sayyaf memenggal kepala tawanan culik warga Kanada, Robert Hall bagi memalukan bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

"Ia ditujukan kepada Duterte, presiden baharu. Ini untuk kamu tahu apa yang kami akan lakukan kepada rakyat Kanada," kata jurucakap kumpulan itu, Abu Raami pada Isnin.

Sejam selepas temubual menerusi telefon bersama Inquirer, Raami mengumumkan tindakan Abu Sayyaf membunuh Hall kerana wang tebusan P600 (RM53 juta) yang dituntut untuk membebaskannya tidak diserahkan pada waktu ditetapkan iaitu pukul 3 petang.

Seorang lagi rakyat Kanada, John Ridsdel juga menerima nasib sama pada 25 April di wilayah Sulu di mana dia, bersama Hall dan temannya, warga tempatan Maritess Flor dan rakyat Norway, Kjartan Sekkingstad dibawa lelaki bersenjata selepas menyerbu pusat peranginan eksklusif di Island Garden City Samal di wilayah Davao del Norte pada 21 September tahun lalu.

Sekkingstad, Flor dan warga Belanda, Ewold Horn adalah antara tujuh tawanan yang masih dalam kawalan pengganas Abu Sayyaf.

Di Manila, Presiden Aquino memaklumkan kejadian pembunuhan terbaharu itu kepada Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau iaitu selepas Filipina mengesahkan kematian Hall.

"Kami mengutuk kekejaman dan pembunuhan Robert Hall selepas ditawan kumpulan Abu Sayyaf di Sulu sejak sembilan bulan lalu," katanya menerusi kenyataan di sini.

Pada masa sama, Trudeau tetap dengan keputusan untuk tidak menyerahkan wang tebusan yang dituntut kumpulan pengganas termasuk Abu Sayyaf walaupun ia mengakibatkan kematian rakyatnya.

Mei lalu, pada sidang medianya, Duterte menyampaikan permohonan maaf kepada Trudeau atas kematian Ridsdel.

"Kami akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan kejadian sama tidak berulang," katanya kepada pemimpin Kanada itu.

Tags / Kata Kunci: Duterte , Zamboanga , Kanada , Robert Hall

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan