Trump Mahu Obama Letak Jawatan Susulan Tragedi Kelab Malam Gay

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Susulan serangan ke atas sebuah kelab malam gay di Orlando yang meragut 50 nyawa, calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump mahu Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meletak jawatan.

Saranan yang dibuat jutawan itu kerana menyifatkan insiden dua hari lalu sebagai serangan pengganas.

Turut terpalit adalah saingannya, calon Parti Demokrat, Hillary Clinton apabila Trump juga mahu ahli politik wanita itu keluar daripada persaingan merebut kerusi Presiden AS.

Trump menyelar Obama kerana enggan melabel Negara Islam (IS) dan kumpulan militan lain sebagai mewakili agama Islam.

“Dalam ucapannya, Obama enggan menyebut perkataan Islam radikal. Oleh kerana itu, beliau seharusnya letak jawatan.

“Kepada Clinton pula, jika beliau masih tidak boleh menyebut dua perkataan ini selepas serangan di Orlando, dia juga wajar angkat kaki,” kata Trump.

Trump cuba mengeksploitasi keganasan di Orlando itu bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya Presiden pada 8 November depan.

Sebelum ini, Trump menerusi akaun Twitternya mendakwa bahawa amaran beliau tentang pengganas Islam sebelum ini ternyata benar.

Beliau turut membatalkan rancangan berkempen di Portsmouth, New Hampshire susulan serangan itu.

Serangan yang mengakibatkan 14 orang terbunuh di San Bernardino, California pada Disember 2015 dijadikan alasan oleh Trump untuk menyekat umat Islam daripada memasuki AS.

Beliau mengulangi cadangan itu selepas 50 orang terbunuh dalam serangan di kelab malam Pulse di Orlando, Florida.

“Apa yang berlaku di Orlando hanya satu permulaan. Kepimpinan kita lemah dan tidak berkesan. Saya minta sekatan (orang Islam) diadakan. Kita mesti tegas,” kata Trump di Twitter.

IS yang menguasai kawasan di Iraq dan Syria mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa AS berkata, siasatan awal mendapati tiada kaitan antara keganasan di Orlando dengan IS. Penyerangnya, Omar Mateen, 29 ditembak mati polis.– AFP



Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Obama , Orlando , gay

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan