Indonesia Sambung Laksana Hukuman Mati Lepas Ramadan - Berita Dunia | mStar

Indonesia Sambung Laksana Hukuman Mati Lepas Ramadan

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 12:51 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Indonesia merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap 16 banduan selepas cuti Aidilfitri pada bulan depan.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Mohammad Rum berkata, hukuman mati akan tetap dilaksanakan selepas tertangguh sebelum ini.

Menurutnya, hukuman itu akan dilaksanakan selepas Ramadan iaitu selepas 6 atau 7 Julai depan.

Bagaimanapun Mohammad tidak mendedahkan banduan yang akan menjalani hukuman tembak selepas mereka ditahan dalam oeprasi membanteras dadah pada 2015.

Indonesia menghentikan hukuman mati sejak April tahun lalu untuk memberi perhatian terhadap kelembapan ekonomi negara tersebut.

Namun ia akan disambung bagi melaksanakan hukuman mati terhadap 16 pesalah dadah.

Tags / Kata Kunci: Indonesia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan