Tembakan Florida: Suspek 'Sakit Mental' - Bekas Isteri - Berita Dunia | mStar

Tembakan Florida: Suspek 'Sakit Mental' - Bekas Isteri

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 10:10 AM

Omar Mateen

(Ubah saiz teks)

ORLANDO (Florida): Lelaki bersenjata yang membunuh 50 orang di sebuah kelab malam di sini dalam insiden paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat sering menghadapi gangguan emosi dan masalah mental.

Bagaimanapun lelaki berkenaan bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai polis, demikian menurut bekas isterinya, Sitora Yusufiy.

Penembak yang ditembak mati oleh pihak polis itu dikenali sebagai Omar Mateen, 29.

Selain itu Sitora juga memberitahu pemberita dalam sidang akhbar yang disiarkan CNN bahawa dia pernah "diselamatkan" oleh ahli keluarga daripada bekas suaminya itu selepas empat bulan perkahwinan yang berakhir dengan perceraian.

Tags / Kata Kunci: Omar Mateen , Sitora Yusufiy
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan