Terpulang Kepada Tuhan Hukum Homoseksual, Kata Bapa Penembak Orlando

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 10:51 PM

Omar Mateen.

(Ubah saiz teks)

KABUL: Bapa kepada lelaki bersenjata di sebalik insiden tembakan di Florida menyuarakan rasa dukacitanya mengenai serangan terhadap komuniti gay, dengan menyatakan bahawa "terpulang kepada Tuhan untuk menghukum golongan homoseksual".

Menerusi video yang disiarkan di Facebook pada awal pagi Isnin, Seddique Mateen berkata, beliau berasa dukacita terhadap serangan yang mengakibatkan 49 maut di sebuah kelab malam gay di Orlando.

Dia bagaimanapun memberitahu bahawa penyerang, Omar Mateen, 29, sebagai "seorang anak yang baik dan berpendidikan".

"Saya amat sedih dan mengumumkan perkara ini kepada rakyat Ameika," kata Seddique dalam bahasa Dari, menerusi video berdurasi tiga minit.

Seddique menyuarakan rasa tidak percaya mengenai anak lelakinya melakukan pembunuhan itu semasa bulan suci Ramadan.

"Ia terpulang kepada Tuhan untuk menghukum homoseksual. Bukan bergantung kepada hambaNya," katanya. - AFP


Tags / Kata Kunci: Omar Mateen , Orlando

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan