Abu Sayyaf Bunuh Tebusan Warga Kanada

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 4:51 PM

Tebusan warga Kanada, Robert Hall (kiri) dibunuh oleh pengganas Abu Sayyaf. John Risdell (kanan) telah dipenggal kepala oleh kumpulan pengganas itu pada 25 April lalu. - The Philippine Inquirer/ANN

(Ubah saiz teks)

ZAMBOANGA CITY: Kumpulan pengganas Abu Sayyaf membunuh salah seorang tebusannya di Sulu pada petang Isnin selepas tamat waktu akhir pukul 3 petang bagi pembayaran wang tebusan sebanyak 600 juta Peso (RM53.2 juta).

Abu Raami yang merupakan jurucakap Abu Sayyaf memberitahu The Philippine Inquirer menerusi panggilan telefon bahawa mereka telah membunuh seorang warga Kanada, Robert Hall.

Menurut Raami, mayat Hall akan ditemui di satu tempat di bandar Jolo pada Isnin.

Abu Sayyaf membuat tuntuan bagi pembebasan Hall; warga Norway, Kjartan Sekkingstad dan warga Filipina, Marites Flor.

Sementara itu, Angkatan Bersenjata Filipina sedang mengesahkan laporan mengenai Hall dipenggal kepala.

"Saya tidak dapat mengesahkan atau menafikannya. Kita masih tidak mendapat laporan mengenainya daripada pihak kami. Kita akan memaklumkan kepada anda sejurus kita mendapat maklumat atau laporan daripada pihak kami," kata jurucakap Perintah Tentera Mindanao Barat, Mejar Filemon. – The Philippine Inquirer/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan