Boko Haram Bunuh Penduduk Kampung Selepas Berbuka Puasa - Berita Dunia | mStar

Boko Haram Bunuh Penduduk Kampung Selepas Berbuka Puasa

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 11:34 AM

(Ubah saiz teks)

KANO, Nigeria: Kumpulan militan Boko Haram didakwa telah membunuh empat wanita ketika menyerang sebuah kampung di timur laut Nigeria pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, 14 ahli kumpulan Boko Haram yang menaiki tujuh buah motosikal telah menyerang Kampung Mairari.

Wanita yang dikelar oleh militan itu berusia lingkungan 27 hingga 45 tahun.

"Kumpulan militan menyerbu masuk rumah penduduk kampung selepas berbuka puasa dan bertindak menyembelih mereka.

"Wanita-wanita ini dipercayai disembelih selepas kumpulan militan tidak dapat mencari suami mereka yang dikehendaki oleh Boko Haram," kata penduduk kampung.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan