Ribuan Iringi Perjalanan Akhir Muhammad Ali

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 11:30 AM

Jenazah Muhammad Ali dimasukkan kereta untuk diarak di sekitar bandar kelahirannya sebelum ke tanah perkuburan.

(Ubah saiz teks)

LOUISVILLE: Beribu-ribu orang berbaris di tepi jalan di bandar ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Muhammad Ali, legenda tinju yang juga wira hak asasi.

Seterusnya jenazahnya diarak melalui bandar ini sebelum upacara pengebumian tertutup dan majlis peringatan sebagai penamat upacara penghormatan terakhir selama dua hari untuk juara tinju heavyweight dunia tiga kali itu.

Beliau meninggal dunia  minggu lalu pada usia 74 tahun selepas menderita penyakit Parkinson.

Bermula jam 10.30 pagi waktu tempatan, sejam lewat daripada jadual asal, acara pengebumian bermula di bandar ini dengan 600,000 penduduk.

Louisville sebuah bandar di negeri Kentucky, di selatan Amerika Syarikat ialah tempat kelahiran Ali ketika era pengasingan kaum.

Keranda beliau diarak melalui lokasi penting kehidupannya termasuk rumah ketika zaman kanak-kanak, Ali Center, Pusat Warisan Afrika Amerika yang menumpukan kehidupan masyarakat kulit hitam di Kentucky dan melalui Boulevard Muhammad Ali sebelum tiba di Tanah Perkuburan Cave Hill untuk disemadikan.

Pemerhati berbaris di tepi jalan, mengambil gambar dan melaungkan nama Ali.

Dilahirkan sebagai Cassius Clay pada 1942, peninju itu menang pingat emas Olimpik dan menikmati karier membanggakan dengan pertarungan terkenal seperti "Rumble in the Jungle" dengan George Foreman dan "Thrilla in Manila" dengan Joe Frazier dan kini sebagai legenda sukan.

Beliau mengejutkan Amerika kerana enggan berkhidmat di Vietnam. Keputusan itu menyebabkan pingat dan karier beliau ditarik balik selama bertahun-tahun.

Beliau pernah diselar kerana kenyataan tidak sopan terhadap seterunya dan pernah dipanggil Frazier sebagai "gorilla".

Namun Ali kemudian meraih penghormatan dunia sebagai aktivis hak asasi yang mempromosikan sifat toleransi agama dan perjuangannya menentang penyakit yang memusnahkan tubuhnya. - AFP



Tags / Kata Kunci: Muhammad Ali , tinju , Vietnam

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan