Obama Pilih Hillary Sebagai Presiden AS - Berita Dunia | mStar

Obama Pilih Hillary Sebagai Presiden AS

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama antara pemimpin negara itu yang mengumumkan sokongan kepada calon parti Demokrat, Hillary Clinton menjelang pilihan raya presiden AS, November ini.

Obama berkata Hillary adalah pemimpin yang paling layak untuk menyandang jawatan tertinggi di AS itu.

“Saya melihat keazaman beliau untuk memberi setiap rakyat Amerika peluang yang saksama walaupun sukar untuk mencapainya. Itulah yang sentiasa menjadi pendorongnya.

“Saya tahu bagaimana sukarnya perjalanan ini (sebagai Presiden) dan beliau adalah calon paling layak untuk memimpin AS,” katanya.

Obama sempat memberitahu beliau tidak sabar turun berkempen untuk Hillary ketika pilihan raya itu nanti.

"Jadi saya mahu anda yang bersama saya sejak daripada mula perjalanan hebat ini untuk menjadi yang pertama tahu bahawa saya bersama beliau.

“Saya sudah tidak sabar untuk keluar dan berkempen untuk Hillary," katanya.

Obama dan Hillary yang pernah bersaing untuk menjadi calon Demokrat bagi pilihan raya presiden tahun 2008 itu bakal membuat kemunculan bersama di Wisconsin, minggu depan.


Tags / Kata Kunci: AS , Hillary Clinton , Barack Obama
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan