14,000 Sertai Solat Jenazah Muhammad Ali

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 12:48 PM

Lebih 14,000 orang memenuhi ruang dewan untuk solat jenazah Muhammad Ali di kampung halamannya.

(Ubah saiz teks)

LOUISVILLE: Solat jenazah legenda tinju dunia, Muhammad Ali disertai lebih 14,000 orang di kampung halamannya di sini, Kentucky.

Imam Zaid Shakir, pengasas kepada Sekolah Muslim Liberal di Zaytuna College, Berkeley, California, mengetuai solat jenazah berkenaan.

Beliau melaungkan "Allahu Akbar" dengan bacaan ayat al-Quran dengan di depannya keranda jenazah Ali yang diselimuti kain warna hitam dan emas.

Ali, juara tiga kali tinju heavyweight dunia yang terkenal sebagai ahli sukan dengan kelincahannya di dalam dan luar gelanggang, sebagai aktivis politik dan pejuang hak asasi manusia, meninggal dunia Jumaat lalu di hospital Arizona. Allahyarham berusia 74 tahun. 

"Pemergian Muhammad Ali menjadikan kami semua kesunyian di dunia.

"Sesuatu yang kukuh, sesuatu yang besar, indah dan kekuatan hidup sudah tertinggal di dunia ini," kata Sherman Jackson, tokoh pendidik Muslim di University of Southern California..

Beliau juga menyifatkan Ali sebagai insan yang tidak pernah menyerah kalah lebih tiga tahun di tengah kemuncak kariernya ketika enggan menyertai khidmat tentera Amerika Syarikat (AS) di Perang Vietnam.

Sherman memuji Ali kerana bertanggungjawab menaikkan maruah kaum kulit hitam semasa dan selepas revolusi hak awam pada 1960-an.

Ramai pula yang terpikat dengan Ali kerana menjadikan Islam lebih diterima di AS dan menjadikan orang Islam di negara itu sebagai pejuang yang sama kedudukannya dengan warga Amerika lain.

Yusuf Islam (berjambang putih) antara yang mengiringi keranda yang membawa jenazah Muhammad Ali.

Presiden Barack Obama dalam akaun Facebooknya yang disiarkan secara langsung dari Rumah Putih memberi ucapan takziah sambil memegang senaskhah buku, "GOAT: A Tribute to Muhammad Ali," dan menandatangani sepasang sarung tangan tinju yang diberikan oleh Ali kepadanya.

"Adalah amat jarang sekali seorang tokoh mencetuskan satu imaginasi kepada seluruh dunia. Dia adalah antara salah seorang dan dalam buku saya ini dialah sentiasa yang terhebat," kata Obama.

Ali dijangka dikebumikan lewat hari ini selepas satu upacara penghormatan awam yang dijangka turut dihadiri oleh bekas Presiden AS, Bill Clinton, Presiden Turki, Tayyip Erdogan dan pelawat terkenal, Billy Crystal yang berlangsung di KFC Yum Center.

"Ali tidak akan 'mati'. Semangatnya terus hidup," kata promoter tinju, Don King kepada Reuters dari Freedom Hall, kompleks di mana Ali menumbangkan Willi Besmanoff pada 1961, iaitu pertarungan terakhirnya di Louisville.

Mereka yang turut memberikan penghormatan terakhir ialah pejuang hak asasi AS, Jesse Jackson dan penyanyi Yusuf Islam, yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens. - Reuters




Tags / Kata Kunci: Muhammad Ali , Imam Zaid Shakir , Obama

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan