14 Cedera Dalam Letupan Bom Motosikal Di Jalan Pattani-Hatyai

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 11:43 AM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Seramai 14 orang cedera termasuk dua anggota tentera parah dalam kejadian letupan bom motosikal di Jalan Pattani-Hatyai berhampiran daerah Nong Chik, Pattani petang Khamis.

Ketua Polis Pattani Mej Jen Phongsak Wangsupa berkata, sasaran bom buatan sendiri seberat 30kg itu adalah sebuah bas tentera membawa pelajar dari Kem Ingkayuthaborihan ke bandar Pattani.

"Nasib baik, ketika kejadian bas terbabit tidak membawa sebarang pelajar. Bagaimanapun letupan itu menyebabkan sebuah kereta dinaiki dua anggota tentera rosak teruk dan mengakibatkan mereka mengalami kecederaan parah," katanya kepada pemberita pada hamis malam.

Selain itu katanya, sebuah van membawa penumpang dari Pattani ke Hatyai turut terkena serpihan bom terbabit mengakibatkan beberapa penumpangnya mengalami kecederaan.

Phongsak berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat tentang kejadian dan melihat kembali rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: Thailand , Pattani

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan