Tragedi 1 Ramadan Di Syria Korbankan 17 Nyawa - Berita Dunia | mStar

Tragedi 1 Ramadan Di Syria Korbankan 17 Nyawa

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

BEIRUT: Lapan kanak-kanak antara 17 orang awam yang terbunuh dalam serangan udara di sebuah pasar di timur Syria pada hari pertama Ramadan.

Serangan di Al-Shaara iaitu bandar yang dikuasai Daesh di wilayah Deir Ezzor dipercayai dilancarkan pesawat pejuang tentera kerajaan atau pihak Russia.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman berkata, jumlah kematian dijangka meningkat memandangkan sebahagian mangsa cedera parah.

Katanya, penduduk kampung berhampiran lazimnya datang ke pasar Al-Shaara untuk membeli barangan keperluan.

"Serangan udara turut membedil kawasan ditawan militan Negara Islam (IS) dan di luar bandar Deir Ezzor sejak awal pagi Isnin", katanya.

Daish menguasai lebih 60 peratus bandar Deir Ezzor, ibu negeri wilayah berkenaan yang dikuasainya sejak 2013.

SOHR bergantung kepada rangkaian sumber di dalam Syria untuk mengumpulkan maklumat berhubung konflik sejak lima tahun lalu itu yang dipercayai sudah menyebabkan lebih 280,000 orang terbunuh dan jutaan lagi penduduk hilang tempat tinggal.

Badan pemerhati itu mengenal pasti sama ada serangan dilancarkan pesawat pejuang Syria, Russia atau pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat berdasarkan tempat ia dilakukan, corak penerbangan serta jenis kapal terbang dan peluru digunakan.

SOHR turut melaporkan serangan udara kerajaan membunuh sekurang-kurangnya 15 orang awam di Boleel di pinggir bandar Deir Ezzor, Jumaat lalu.

Tags / Kata Kunci: Syria , SOHR , Rami Abdel Rahman , IS , Daish
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan