Lelaki Ditahan Wanita Mati Tertembak Semasa Berselfie - Berita Dunia | mStar

Lelaki Ditahan Wanita Mati Tertembak Semasa Berselfie

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 4:51 PM

Richard Alden.

(Ubah saiz teks)

SEORANG warga Britain ditahan di Kenya berhubung kematian seorang wanita di kediamannya dengan memberitahu bahawa wanita itu mati tertembak dirinya sendiri semasa mengambil gambar 'selfie'.

Ahli perniagaan berusia 53 tahun, Richard Alden membawa mangsa, Grace Wangeci, 42 ke hospital pada Sabtu lalu selepas mengalami kecederaan akibat terkena tembakan.

Wangeci bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Pihak berkuasa di Nairobi menahan Alden tetapi peguamnya membuat pendedahan mengenai apa yang sebenarnya berlaku. 

Peguam, Evans Monari berkata, ketika kejadian berlaku mangsa sedang membantu Alden berpindah rumah.

Katanya: "Dari apa yang saya dengar, dia (mangsa) mengambil gambar-gambar, 'selfie' dengan pistol dan ia terlepas tembakan.

"Richard memberitahu dia tidak bertanggungjawab. Wanita itu tertembak dirinya secara tidak sengaja."

Tambah peguam itu, Alden yang merupakan bapa kepada tiga anak ditahan pada Sabtu lalu dan mahkamah pada Isnin mengarahkan reman dilanjutkan sebanyak lima hari.

"Polis sedang menyiasat sebagai kes bunuh," jelas Monari.

Isteri Alden berada di luar negara semasa kejadian berlaku. - Mirror



   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan