IS Campak Anggota Belot Dalam Asid

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Berpuluh-puluh anggota militan Negara Islam (IS) yang dianggap berpaling tadah telah dibunuh termasuk sebilangannya dicampak ke dalam asid kerana didakwa menjual maklumat kepada Amerika Syarikat (AS).

IS dikatakan bakal menjatuhkan hukuman bunuh ke atas 38 anggotanya yang disyaki bertindak sebagai pemberi maklumat.

Daily Mail melaporkan, arahan pembunuhan itu dikeluarkan komander IS dalam usaha terdesak untuk menghapuskan anggota yang tidak setia.

Kumpulan pengganas itu telah kehilangan beberapa pemimpin kanan yang terbunuh akibat serangan udara tentera bersekutu yang diketuai AS sejak beberapa bulan lalu.

Situasi itu menyebabkan mereka telah membuat penilaian semula terhadap kawalan keselamatan termasuk pembocoran maklumat secara besar-besaran.

Pada Mac lalu, seorang komander kanan IS, Abu Hayjaa al-Tunsi yang juga militan Tunisia terbunuh ketika memandu di utara Syria selepas diarah mengetuai pertempuran militan apabila kenderaannya diletupkan.

Pembunuhan itu mencetuskan rasa panik dalam kumpulan IS dan mereka percaya terdapat perisik dalam kalangan anggota yang memberi maklumat kepada tentera bersekutu mengenai pergerakan pemimpin mereka.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria pula berkata, sesetengah anggota IS telah mula menyalurkan maklumat kepada tentera bersekutu mengenai sasaran dan pergerakan kumpulan kerana memerlukan wang.

“Tindakan IS mengurangkan gaji anggota telah menyebabkan ada antara mereka berpaling tadah dengan memberi maklumat kepada pihak lawan," katanya ketuanya, Rami Abdel Rahman.

Tags / Kata Kunci: IS , asid , AS , Rami Abdel Rahman

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan