100 Warga Malaysia Di Indonesia Solat Terawih Di Kedutaan - Berita Dunia | mStar

100 Warga Malaysia Di Indonesia Solat Terawih Di Kedutaan

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 11:44 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kira-kira 100 petugas dan kaum keluarga Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menyambut ketibaan malam pertama Ramadan dengan majlis solat terawih dan jamuan moreh.

Mereka berjemaah menunaikan solat isyak dan terawih di surau Kedutaan Besar di Jalan Rasuna Said, Kuningan di sini.

Majlis moreh itu anjuran Perwakilan Tetap Malaysia ke Asean.

Ia turut dihadiri Wakil Tetap Malaysia ke Asean, Datuk Hasnudin Hamzah, Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Roseli Abdul serta atase dan  pengarah-pengarah jabatan.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: Solat Terawih

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan