Umat Islam Di Thailand Mula Berpuasa Selasa

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 11:02 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Umat Islam di Thailand akan mula menunaikan ibadah puasa Selasa ini, sebagaimana diumumkan oleh Sheikhul Islam negara itu Aziz Pitakkumpol malam Ahad.

Beliau berkata anak bulan tidak kelihatan di kawasan ditetapkan di daerah Yaha, wilayah Yala petang Ahad.

Pengumuman Aziz itu dibuat dari pejabatnya di sini dan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan, NBT. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: puasa , Thailand

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan