Anak Bulan Ramadan Kelihatan, Indonesia Mula Berpuasa Esok

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 10:50 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Majoriti umat Islam di Indonesia akan berpuasa mulai Isnin setelah kerajaan mengumumkan anak bulan Ramadan kelihatan di beberapa daerah di republik ini, Ahad.

Penetapan tarikh itu berdasarkan kepada sidang isbat bersama-sama tokoh-tokoh agama yang diadakan secara tertutup selepas solat Maghrib di sini.

Menteri Agama Lukman Hakim, dalam satu kenyataan yang disiarkan secara langsung oleh siaran-siaran televisyen tempatan, berkata penetapan tarikh itu dipersetujui oleh sidang isbat setelah menerima laporan bahawa anak bulan telah kelihatan di beberapa kawasan di Indonesia.

"Anak bulan dilaporkan kelihatan di beberapa kawasan di Indonesia dan dengan ini, tarikh mula berpuasa ialah esok hari bersamaan 6 Jun," katanya.

Selain itu, dua organisasi Islam terbesar di Indonesia iaitu Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah sebelum ini sependapat bahawa tarikh mulai berpuasa ialah pada 6 Jun berdasarkan kepada kajian hisab yang dijalankan oleh pemimpin masing-masing.

Muhammadiyah dalam kenyataannya baru-baru ini menetapkan tarikh mula berpuasa bagi pengikut dan anggota pertubuhan itu ialah pada 6 Jun tanpa merujuk ketetapan yang akan diumumkan kerajaan.

Sementara itu, lebih 1,000 pengikut tarikat Syattariah di Sumatera Barat pula mengumumkan bahawa tarikh mula berpuasa bagi pengikutnya ialah pada Rabu, 8 Jun ini.

Media-media tempatan memetik seorang pemimpin tarikat itu sebagai berkata para pengikut tarkat itu akan melihat anak bulan pada Selasa di bandar Koto Tuo Agam.

"Tarikat Syattariyah memang biasanya lebih lambat dua hari daripada pemerintah, ini kerana setiap aliran selalu berbeza dan ia adalah perkara biasa," katanya.

Bagi pengikut tarikat Naqsabandiyah pula, mereka berpuasa mulai Ahad atas alasan jumlah malam bulan Syaban telah berakhir pada Sabtu.

Agensi Berita Antara memetik pemimpin tarikat itu Syafri Malin Mudo sebagai berkata panduan penetapan tarikh berpuasa oleh tarikat itu adalah berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Khalifah Omar Al Khatab iaitu mengira malam sebagai jumlah hari.

Indonesia mempunyai umat Islam terbanyak di dunia dengan majoriti daripada lebih 250 juta penduduknya beragama Islam. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Indonesia , berpuasa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan