Media Lapor Muhammad Ali Guna Alat Bantuan Hayat

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 9:38 AM

Muhammad Ali

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Tahap kesihatan legenda tinju dunia, Muhammad Ali menjadi tanda tanya apabila terdapat laporan yang mengatakan beliau kini terpaksa bergantung kepada alat bantuan hayat.

Walau bagaimanapun, jurucakap keluarga menegaskan bahawa bekas juara heavyweight dunia berusia 74 tahun itu yang menderita akibat Parkinson kini dilaporkan "dalam keadaan baik".

Jurucakap keluarga, Bob Gunnell, memberitahu Louisville Courier-Journal bahawa Ali yang dimasukkan ke hospital di Phoenix pada Khamis kini semakin pulih daripada masalah pernafasan.

Susulan laporan dalam talian yang menyebut bahawa bekas peninju itu menggunakan alat bantuan hayat, Gunnell berkata bahawa setiap kali Ali berada di hospital, ia mencetuskan "kegilaan media," lapor Courier-Journal.

Portal berita selebriti Amerika, radaronline.com memetik sumber tanpa nama sebagai berkata bahawa Ali memerlukan bantuan pernafasan dan ia membimbangkan ahli keluarganya yang berkumpul di sisi katil.

Gunnell telah mendedahkan kepada umum bahawa Ali dimasukkan ke hospital pada Khamis.

Namun hingga kini dia tidak memberikan komen susulan berhubung perkembangan semasa.

Ali menghidap penyakit Parkinson selama lebih daripada tiga dekad lalu.

The New York Post dan International Business Times turut memetik satu laporan di laman web Radar Online yang menyatakan Ali telah diberi alat bantuan hayat.

Radar Online memetik "orang dalam" sebagai berkata, "Doktor memberitahu keluarga bahawa ia (alat bantuan) mungkin tidak akan lama sehingga dia meninggal dunia".

Sementara itu Mirror Britain melaporkan bahawa empat daripada sembilan anak-anaknya bergegas untuk bersama juara dunia berkenaan.

Manakala Associated Press memetik dua orang biasa dengan keadaan beliau sebagai berkata bahawa Ali menghadapi masalah kesihatan yang lebih serius berbanding sebelum ini kerana penyakit Parkinson itu.

Berita masalah kesihatan terbarunya ini mencetuskan kebimbangan di kalangan peminatnya. -Reuters/AFP

Tags / Kata Kunci: Muhammad Ali

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan